Wang Hantaran dan Emas



Salam.

Cuti persekolahan pun dah bermula. Maka, saya pasti ramai yang akan menerima jemputan perkahwinan rakan-rakan, sahabat-handai dan keluarga terdekat.

Bercakap mengenai perkahwinan, apakah yang sinonim dengannya? Sudah tentulah wang hantaran. Bagi orang lelaki, sudah semesti agak pening memikirkan hal ini kerana wang hantaran akan naik dan naik dari tahun ke tahun. Semakin tinggi pelajaran seseorang wanita yang ingin dinikahinya, maka semakin tinggi jugalah wang hantarannya. Setuju tak?

Ok, di bawah ni info mengenai kadar wang hantaran bagi tahun ini mengikut tahap pelajaran.




Pergghh.. tingginya.. 

Yelah.. susah mak bapak nak jaga anak-anak mereka. Dah la pandai, belajar tinggi-tinggi, cantik pulak lagi tu. Belum kira sopan-santunnya lagi, berbudi bahasa, celik agama, pandai memasak dan sebagainya lagi. Mungkin nilai itu dikatakan sesuai jika diambil kira semua faktor ini.

Ok, bukan nak cerita panjang lebar pasal wang hantaran ni, cuma saya nak bagi cadangan apa yang anda boleh manfaatkan dengan wang hantaran ni.

Kita ambil satu contoh. Wang hantaran bagi Ijazah iaitu sebanyak RM12,000.

Bagi para wanita, bila dah dapat wang hantaran sebanyak RM12,000 tu nak buat apa ya? Nak dibelanjakan? Aduh, sayangnya... Pemberian suami tu.. Tersangatlah bernilai. Susah payah si suami mengumpul duit tu dulu. Hihi..

Jadi, nak buat apa dengan wang tu? Kalau disimpan saja dalam bentuk wang fiat juga amat rugi. Nilainya tetap RM12,000 selepas 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya. Nilainya memang sama, tapi kuasa membelinya semakin berkurangan dek kerana dimamah inflasi.

Cadangan saya, TUKAR KEPADA EMAS. Lebih menguntungkan. Inilah yang isteri saya juga lakukan dulu. Dapat je wang hantaran tu, terus je pergi beli barang kemas. Katanya bagi mengelakkan daripada terguna duit tu. Sekurang-kurangnya bukan untuk masa terdekat. Yelah, bila dah tukar kepada emas, boleh dikatakan ianya dah jadi DUIT SIMPANAN YANG DILUPAKAN. Sebab kita hanya tahu jumlah beratnya saja tapi tak tahu nilai terkininya.

Ok, dengan wang hantaran sebanyak RM12,000 apa yang anda boleh dapat? Berdasarkan harga emas Public Gold di bawah, anda boleh dapat:


 

     1 x 50g Gold bar [RM9,112] ; 1 x 10g Gold bar [RM1848] dan 1 x 1Dinar [RM747]

     Ada baki RM293. Tambah sikit lagi RM454 boleh dapat 1 lagi 1Dinar.

Rasa tak puas? Nak pakai? Boleh amik i-series. Anda boleh dapat:

     1 x rantai 50g [RM8,589] ; 1 x gelang 10g [RM1,718] dan 1 x pendant 10g [RM1,718] dengan penambahan sebanyak RM25.

Bila dah tukar kepada emas, memang confirm wang tu tak akan digunakan. Betul tak?

Andai kata selepas 3 tahun, anda mahu gunakannya. Maybe nak bayar deposit beli rumah. Boleh jual semula emas-emas tersebut. Pada masa itu nilainya bukan lagi RM12,000. Silap-silap dah cecah RM20,000.

Meh kita kira berdasarkan sejarah kenaikan harga emas tahun-tahun lalu. Kenaikannya adalah antara 20%-40%.

Saya ambil contoh peratusan terendah iaitu 20% setiap tahun selama 3 tahun dan anda membeli gold bar dan dinar berjumlah RM12,454.

Untuk tahun pertama, RM12,000 nilai emas tu akan jadi RM12,454 x 1.2 = RM14,944.80

Untuk tahun kedua, RM14,400 nilai emas semasa akan jadi RM14,400 x 1.2 = RM17,933.76

Untuk tahun ketiga, RM17,280 nilai emas semasa akan jadi RM17,280 x 1.2 = RM21,520.51.

Pada tahun ketiga, nilai semasa emas anda adalah RM21,520.51. Anda dah untung RM9,066.51 hanya dengan ‘peram’ je emas tu. 

Anda dah jimat masa dan tenaga untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 75.6% tu, hasil dari tindakan bijak anda 3 tahun yang lepas. Memang best...

Anda dah semakin celik dengan emas ni. Jadi, sementara harga emas masih pada tahap rendah, cepat-cepat la tukarkan kepada emas.

Hubungi saya 012-2108347 (Syubli) segera untuk pembelian emas / perak Public Gold.

Kalau nak terus jadi dealer pun boleh. Pembelian emas / perak sekurang-kurangnya RM20,000 diperlukan. 

Tak perlu dan tiada apa-apa yuran yang mengarut untuk menjadi dealer. Cuma cukupkan pembelian sekurang-kurangnya RM20,000 sama ada emas atau perak atau kedua-duanya. Kemudian, isi borang jadi dealer sah. Dah selesai. 
Boleh start meniaga emas / perak Public Gold. :-)

 
Sekian.



Pelabur emas mesti ikut nasihat pakar

Artikel ini saya ambil daripada portal online Berita Harian. Ia menerangkan bahawa pentingnya ilmu sebelum menyertai apa jua pelaburan sekalipun bagi mengelakkan terjebak dengan skim pelaburan yang palsu. Juga diterangkan serba sedikit mengenai ciri-ciri skim pelaburan yang palsu dan perbezaannya dengan Public Gold. Ikuti artikel seperti di bawah:


------------

Kuala Lumpur: Public Gold Group Sdn Bhd yang menyasar disenaraikan di Bursa Malaysia menjelang 2014, mengingatkan pelabur emas membuat pelaburan berasaskan maklumat supaya tidak terperangkap dengan skim pelaburan palsu.

Syarikat penempa, penulen dan dagangan jongkong emas serta perak itu berharap orang ramai dan pembeli emas tahu logam itu sebenarnya lebih terarah sebagai instrumen pelindung nilai daripada inflasi, justeru bukannya kelas aset pemberi pulangan.
Sehubungan itu, pelabur dan orang ramai yang mahu membeli emas sebagai alat pelindung nilai perlu mendapat maklumat menyeluruh daripada pihak yang pakar dalam bidang itu sebelum membuat keputusan pembelian.


Pengerusi Eksekutif Public Gold Group, Datuk Louis Ng, berkata ramai pembeli terperangkap dengan modus operandi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab yang menawarkan pulangan segera tidak munasabah daripada pembelian emas.

Syarikat skim pelaburan emas menjual emas jauh lebih tinggi daripada harga pasaran sebenar di samping menjanjikan peratus pulangan tertentu setiap bulan.

Kumpulan itu juga biasanya menetapkan harga dan tempoh belian balik tertentu mengikut kontrak, di samping beroperasi menggunakan model Skim Ponzi, katanya dalam satu pertemuan dengan BH di sini.

Ng berkata, syarikat pelaburan emas yang tulen tidak mengemukakan tawaran sedemikian, sebaliknya berurusniaga mengikut harga semasa di pasaran antarabangsa.
Pembeli perlu mendapat maklumat semasa yang boleh diperoleh daripada pelbagai sumber tulen sebelum membuat keputusan mendapatkan emas (untuk pelaburan), katanya.

Beliau mengulas mengenai ramai kalangan pelabur yang terperangkap dengan pelaburan emas apabila pihak berkuasa menyerbu dan membekukan aset beberapa syarikat pengendali dipercayai beroperasi seperti skim cepat kaya.

Awal bulan ini, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dilaporkan berkata, Bank Negara mengesan 35,000 pelabur dengan jumlah pelaburan mencecah RM10 bilion dalam sebuah syarikat pelaburan jongkong emas.

Bank Negara Malaysia dalam kenyataannya pada awal Oktober lalu memberitahu membekukan aset dan akaun yang disita hasil serbuan dilakukan terhadap empat syarikat yang menawarkan skim pelaburan jongkong emas iaitu Genneva Malaysia Sdn Bhd, Pageantry Gold Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd.

Public Gold ialah antara syarikat yang bergiat dalam perniagaan emas dengan kegiatan terasnya termasuk menempa dan menulen emas.

Ia juga menawarkan perkhidmatan dagangan dan tukaran emas serta menyediakan kemudahan simpanan selamat kepada pelanggan.

Syarikat itu yang beribu pejabat di Pulau Pinang, menerusi anak syarikatnya, Public Gold Marketing Sdn Bhd akhir bulan lalu dikeluarkan daripada senarai Peringatan Pengguna Bank Negara Malaysia selepas model perniagaannya didapati tulen serta tidak mengambil kesempatan ke atas pengguna.

Mengulas lanjut, Ng berkata, operasi perniagaan Public Gold hanyalah semata-mata dagangan jongkong emas dan perak bagi tujuan simpanan kekayaan.

Sejak ditubuhkan pada 2008, Public Gold komited menawarkan pelan simpanan emas fizikal yang selamat untuk masa depan.

Public Gold mengamalkan model perniagaan telus di mana kami hanya membeli dan menjual jongkong emas dan perak tanpa memberikan tawaran tidak realistik kepada pelanggan, katanya.
 

Produk Emas Public Gold Mana Lebih Sesuai Dijadikan Pelaburan?



Sebelum anda membuat pembelian sebarang produk untuk pelaburan emas, anda perlu ketahui produk emas Public Gold yang manakah paling sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana dalam pelaburan emas, pemilihan produk emas yang tepat amat penting bagi memaksimumkan lagi keuntungan anda. 



Emas pelaburan adalah terdiri daripada gold bar dan syiling dinar. Gold bar PG mempunyai ketulenan 999.9 manakala dinar mempunyai ketulenan 916. 

Bagi barang kemas seperti i-series dan D-series, ianya adalah dalam kategori emas perhiasan dan kurang sesuai dijadikan sebagai pelaburan kerana mempunyai spread yang tinggi. Bermakna, keuntungan yang akan anda perolehi akan mengambil masa yang lebih lama dan lebih sesuai dijadikan sebagai pelaburan untuk jangka masa panjang.

Antara gold bar dan dinar, dinar adalah produk yang terbaik untuk dijadikan sebagai pelaburan. Sebabnya adalah:

  1. Dinar lebih murah berbanding gold bar.
Lihat saja harga seperti di atas. Anda boleh memulakan pelaburan emas dengan serendah RM750 untuk 1Dinar manakala bagi gold bar, harga terendah adalah RM1856.


  1. Spread dinar yang lebih rendah berbanding gold bar.
Berdasarkan pengiraan spread seperti di atas, spread dinar tertinggi adalah 6% manakala spread tertinggi bagi gold bar adalah 8%.
Bagi nilai spread yang sama, sebagai contoh 6%, anda hanya perlu memiliki 1Dinar dengan harga RM750 berbanding RM3678 untuk memiliki gold bar 20gram.
Dalam erti kata lain, dengan modal yang lebih kecil untuk 1Dinar, anda dapat untung dalam jangkamasa yang sama dengan membeli gold bar 20gram.
Jika anda mempunyai modal besar, syiling 10Dinar lebih murah iaitu hanya RM7433 berbanding RM18220 bagi gold bar 100gram dengan spread yang sama.
Gold bar seberat 250g adalah yang paling sesuai jika anda mempunyai modal yang lebih besar kerana spread nya yang terendah isitu 4.5%.


  1. Tiada transportation cost bagi dinar berbanding gold bar
Pembelian setiap gold bar akan mempunyai kos tambahan iaitu transportation cost. Public gold mengenakan kos ini bagi pengambilan produk luar dari Penang kerana kilang Public Gold bertempat di Penang dan sebagai insurans dalam perjalanan menghantar produk ke tempat anda.
Bagi syiling dinar, tiada transportation cost dikenakan. Jadi, anda sudah lebih untung di sini.


  1. Syiling dinar lebih mudah dijual berbanding gold bar.
Syiling dinar lebih mudah dijual kerana harganya yang lebih rendah berbanding gold bar. Ini kerana, syiling dinar mempunyai ketulenan 916 berbanding 999.9 bagi gold bar dan ianya dalam berat yang lebih ringan iaitu serendah 4.25g bagi 1Dinar berbanding 20g bagi gold bar untuk spread yang sama.


Secara kesimpulannya, syiling dinar adalah emas pelaburan yang paling baik berbanding gold bar kerana harganya yang lebih murah, spread lebih rendah, tiada transportation cost dikenakan dan lebih mudah dijual.

Jadi, jika anda mempunyai modal yang kecil, pilihlah syiling 1Dinar dan jika bermodal sederhana, syiling 10Dinar lebih sesuai. Tetapi, jika modal anda besar, gold bar 250g adalah terbaik kerana spread nya hanya 4.5%.


Perbandingan di atas adalah untuk mereka yang hanya menjadi pelanggan.

Jika anda menjadi dealer, anda akan menikmati spread yang lagi rendah dari pelanggan. Ini kerana, anda akan dapat komisen untuk setiap transaksi beli dan jual. Ianya berbeza-beza mengikut pangkat dealer.

Bagi normal dealer, anda akan menikmati 1% komisen untuk transaksi beli dan lagi 0.5% bagi transaksi jual. Bermakna jumlah komisen yang anda perolehi adalah 1.5%. Maka, jika anda beli 1Dinar dan kemudian menjualnya semula ketika harga tinggi, spread anda sebenarnya hanya 4.5% (6%-1.5%). 

Jika anda adalah Priority Dealer, komisen dari transaksi beli adalah sebanyak 1.5% dan 0.5% lagi untuk transaksi jual. Maka, untuk 1Dinar, spread sebenar anda adalah 4% (6%-2.%).

Jika anda adalah Master Dealer, komisen dari transaksi beli adalah sebanyak 2% dan 0.5% lagi untuk transaksi jual. Maka, spread anda hanya sebanyak 3.5% bagi 1Dinar. 

Inilah kelebihan menjadi dealer Public Gold berbanding pelanggan. Anda dapat beli dan jual dengan harga yang lebih murah berbanding pelanggan.

Jadi, jika anda berhasrat untuk menikmati kelebihan menjadi dealer ini, hubungi saya segera Syubli 012-2108347, untuk turut menjadi dealer Public Gold.

Video Mengenai Pelaburan Emas

Pengakuan

Blog ini dibina bagi memudahkan sebarang pembelian produk Public Gold supaya lebih dekat kepada anda.
Kami bukan MLM, Affiliate atau SkimPelaburan Cepat Kaya.
Kami hanya dealer / agen sah Public Gold dalam membantu anda membeli emas yang tulen keluaran Public Gold dan juga sebagai individu yang membuka peluang untuk anda membuat pelaburan / simpanan berbentuk emas untuk masa hadapan anda.