Sebelum
anda membuat pembelian sebarang produk untuk pelaburan emas, anda perlu ketahui
produk emas Public Gold yang manakah paling sesuai untuk dijadikan pelaburan kerana dalam
pelaburan emas, pemilihan produk emas yang tepat amat penting bagi
memaksimumkan lagi keuntungan anda.
Emas pelaburan adalah terdiri daripada gold
bar dan syiling dinar. Gold bar PG mempunyai ketulenan 999.9 manakala dinar
mempunyai ketulenan 916.
Bagi barang kemas seperti i-series dan D-series, ianya
adalah dalam kategori emas perhiasan dan kurang sesuai dijadikan sebagai
pelaburan kerana mempunyai spread
yang tinggi. Bermakna, keuntungan yang akan anda perolehi akan mengambil masa
yang lebih lama dan lebih sesuai dijadikan sebagai pelaburan untuk jangka masa
panjang.
Antara
gold bar dan dinar, dinar adalah produk yang terbaik untuk dijadikan sebagai
pelaburan. Sebabnya adalah:
- Dinar lebih murah berbanding gold bar.
Lihat saja
harga seperti di atas. Anda boleh memulakan pelaburan emas dengan serendah
RM750 untuk 1Dinar manakala bagi gold bar, harga terendah adalah RM1856.
- Spread dinar yang lebih rendah berbanding gold bar.
Berdasarkan pengiraan spread
seperti di atas, spread dinar
tertinggi adalah 6% manakala spread
tertinggi bagi gold bar adalah 8%.
Bagi nilai spread
yang sama, sebagai contoh 6%, anda hanya perlu memiliki 1Dinar dengan harga
RM750 berbanding RM3678 untuk memiliki gold bar 20gram.
Dalam erti kata lain, dengan modal yang lebih kecil untuk
1Dinar, anda dapat untung dalam jangkamasa yang sama dengan membeli gold bar
20gram.
Jika anda mempunyai modal besar, syiling 10Dinar lebih murah
iaitu hanya RM7433 berbanding RM18220 bagi gold bar 100gram dengan spread yang sama.
Gold bar seberat 250g adalah yang paling sesuai jika anda
mempunyai modal yang lebih besar kerana spread
nya yang terendah isitu 4.5%.
- Tiada transportation cost bagi dinar berbanding gold bar
Pembelian setiap gold bar akan mempunyai kos tambahan iaitu transportation cost. Public gold
mengenakan kos ini bagi pengambilan produk luar dari Penang kerana kilang
Public Gold bertempat di Penang dan sebagai
insurans dalam perjalanan menghantar produk ke tempat anda.
Bagi syiling dinar, tiada transportation
cost dikenakan. Jadi, anda sudah lebih untung di sini.
- Syiling dinar lebih mudah dijual berbanding gold bar.
Syiling dinar lebih mudah dijual kerana harganya yang lebih
rendah berbanding gold bar. Ini kerana, syiling dinar mempunyai ketulenan 916
berbanding 999.9 bagi gold bar dan ianya dalam berat yang lebih ringan iaitu
serendah 4.25g bagi 1Dinar berbanding 20g bagi gold bar untuk spread yang sama.
Secara
kesimpulannya, syiling dinar adalah emas pelaburan yang paling baik berbanding
gold bar kerana harganya yang lebih murah, spread
lebih rendah, tiada transportation cost
dikenakan dan lebih mudah dijual.
Jadi,
jika anda mempunyai modal yang kecil, pilihlah syiling 1Dinar dan jika bermodal
sederhana, syiling 10Dinar lebih sesuai. Tetapi, jika modal anda besar, gold
bar 250g adalah terbaik kerana spread
nya hanya 4.5%.
Perbandingan
di atas adalah untuk mereka yang hanya menjadi pelanggan.
Jika
anda menjadi dealer, anda akan menikmati spread
yang lagi rendah dari pelanggan. Ini kerana, anda akan dapat komisen untuk
setiap transaksi beli dan jual. Ianya berbeza-beza mengikut pangkat dealer.
Bagi
normal dealer, anda akan menikmati 1% komisen untuk transaksi beli dan lagi
0.5% bagi transaksi jual. Bermakna jumlah komisen yang anda perolehi adalah
1.5%. Maka, jika anda beli 1Dinar dan kemudian menjualnya semula ketika harga
tinggi, spread anda sebenarnya hanya 4.5%
(6%-1.5%).
Jika
anda adalah Priority Dealer, komisen dari transaksi beli adalah sebanyak 1.5%
dan 0.5% lagi untuk transaksi jual. Maka, untuk 1Dinar, spread sebenar anda adalah 4% (6%-2.%).
Jika
anda adalah Master Dealer, komisen dari transaksi beli adalah sebanyak 2% dan
0.5% lagi untuk transaksi jual. Maka, spread anda hanya sebanyak 3.5% bagi 1Dinar.
Inilah kelebihan menjadi dealer
Public Gold berbanding pelanggan. Anda dapat beli dan jual dengan harga yang lebih murah berbanding pelanggan.
Jadi, jika
anda berhasrat untuk menikmati kelebihan menjadi dealer ini, hubungi saya
segera Syubli 012-2108347, untuk turut menjadi dealer Public Gold.