Wang Hantaran dan Emas



Salam.

Cuti persekolahan pun dah bermula. Maka, saya pasti ramai yang akan menerima jemputan perkahwinan rakan-rakan, sahabat-handai dan keluarga terdekat.

Bercakap mengenai perkahwinan, apakah yang sinonim dengannya? Sudah tentulah wang hantaran. Bagi orang lelaki, sudah semesti agak pening memikirkan hal ini kerana wang hantaran akan naik dan naik dari tahun ke tahun. Semakin tinggi pelajaran seseorang wanita yang ingin dinikahinya, maka semakin tinggi jugalah wang hantarannya. Setuju tak?

Ok, di bawah ni info mengenai kadar wang hantaran bagi tahun ini mengikut tahap pelajaran.




Pergghh.. tingginya.. 

Yelah.. susah mak bapak nak jaga anak-anak mereka. Dah la pandai, belajar tinggi-tinggi, cantik pulak lagi tu. Belum kira sopan-santunnya lagi, berbudi bahasa, celik agama, pandai memasak dan sebagainya lagi. Mungkin nilai itu dikatakan sesuai jika diambil kira semua faktor ini.

Ok, bukan nak cerita panjang lebar pasal wang hantaran ni, cuma saya nak bagi cadangan apa yang anda boleh manfaatkan dengan wang hantaran ni.

Kita ambil satu contoh. Wang hantaran bagi Ijazah iaitu sebanyak RM12,000.

Bagi para wanita, bila dah dapat wang hantaran sebanyak RM12,000 tu nak buat apa ya? Nak dibelanjakan? Aduh, sayangnya... Pemberian suami tu.. Tersangatlah bernilai. Susah payah si suami mengumpul duit tu dulu. Hihi..

Jadi, nak buat apa dengan wang tu? Kalau disimpan saja dalam bentuk wang fiat juga amat rugi. Nilainya tetap RM12,000 selepas 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun, 10 tahun dan seterusnya. Nilainya memang sama, tapi kuasa membelinya semakin berkurangan dek kerana dimamah inflasi.

Cadangan saya, TUKAR KEPADA EMAS. Lebih menguntungkan. Inilah yang isteri saya juga lakukan dulu. Dapat je wang hantaran tu, terus je pergi beli barang kemas. Katanya bagi mengelakkan daripada terguna duit tu. Sekurang-kurangnya bukan untuk masa terdekat. Yelah, bila dah tukar kepada emas, boleh dikatakan ianya dah jadi DUIT SIMPANAN YANG DILUPAKAN. Sebab kita hanya tahu jumlah beratnya saja tapi tak tahu nilai terkininya.

Ok, dengan wang hantaran sebanyak RM12,000 apa yang anda boleh dapat? Berdasarkan harga emas Public Gold di bawah, anda boleh dapat:


 

     1 x 50g Gold bar [RM9,112] ; 1 x 10g Gold bar [RM1848] dan 1 x 1Dinar [RM747]

     Ada baki RM293. Tambah sikit lagi RM454 boleh dapat 1 lagi 1Dinar.

Rasa tak puas? Nak pakai? Boleh amik i-series. Anda boleh dapat:

     1 x rantai 50g [RM8,589] ; 1 x gelang 10g [RM1,718] dan 1 x pendant 10g [RM1,718] dengan penambahan sebanyak RM25.

Bila dah tukar kepada emas, memang confirm wang tu tak akan digunakan. Betul tak?

Andai kata selepas 3 tahun, anda mahu gunakannya. Maybe nak bayar deposit beli rumah. Boleh jual semula emas-emas tersebut. Pada masa itu nilainya bukan lagi RM12,000. Silap-silap dah cecah RM20,000.

Meh kita kira berdasarkan sejarah kenaikan harga emas tahun-tahun lalu. Kenaikannya adalah antara 20%-40%.

Saya ambil contoh peratusan terendah iaitu 20% setiap tahun selama 3 tahun dan anda membeli gold bar dan dinar berjumlah RM12,454.

Untuk tahun pertama, RM12,000 nilai emas tu akan jadi RM12,454 x 1.2 = RM14,944.80

Untuk tahun kedua, RM14,400 nilai emas semasa akan jadi RM14,400 x 1.2 = RM17,933.76

Untuk tahun ketiga, RM17,280 nilai emas semasa akan jadi RM17,280 x 1.2 = RM21,520.51.

Pada tahun ketiga, nilai semasa emas anda adalah RM21,520.51. Anda dah untung RM9,066.51 hanya dengan ‘peram’ je emas tu. 

Anda dah jimat masa dan tenaga untuk mendapatkan keuntungan sebanyak 75.6% tu, hasil dari tindakan bijak anda 3 tahun yang lepas. Memang best...

Anda dah semakin celik dengan emas ni. Jadi, sementara harga emas masih pada tahap rendah, cepat-cepat la tukarkan kepada emas.

Hubungi saya 012-2108347 (Syubli) segera untuk pembelian emas / perak Public Gold.

Kalau nak terus jadi dealer pun boleh. Pembelian emas / perak sekurang-kurangnya RM20,000 diperlukan. 

Tak perlu dan tiada apa-apa yuran yang mengarut untuk menjadi dealer. Cuma cukupkan pembelian sekurang-kurangnya RM20,000 sama ada emas atau perak atau kedua-duanya. Kemudian, isi borang jadi dealer sah. Dah selesai. 
Boleh start meniaga emas / perak Public Gold. :-)

 
Sekian.



Video Mengenai Pelaburan Emas

Pengakuan

Blog ini dibina bagi memudahkan sebarang pembelian produk Public Gold supaya lebih dekat kepada anda.
Kami bukan MLM, Affiliate atau SkimPelaburan Cepat Kaya.
Kami hanya dealer / agen sah Public Gold dalam membantu anda membeli emas yang tulen keluaran Public Gold dan juga sebagai individu yang membuka peluang untuk anda membuat pelaburan / simpanan berbentuk emas untuk masa hadapan anda.