Emas
ialah kekayaan yang sebenarnya
Seperti yang kita ketahui, emas adalah
simbol kekayaan, kecantikan dan kekuasaan.
Manusia meletakkan nilai yang tinggi terhadap
emas kerana warnanya yang sangat menarik dan tidak pudar. Oleh itu, emas
dijadikan dan dibentuk menjadi objek-objek perhiasan yang cantik. Sebagai
contoh, seseorang wanita itu dianggap cantik apabila memakai barangan perhiasan
emas berbanding mereka yang memakai perak, tembaga dan sebagainya.
Sejak dari zaman Firaun lagi emas
telah digunakan secara meluas di mana orang-orang Mesir telah menggunakan
jongkong emas yang dicop nama firaun Menes sebagai medium pertukaran.
Mereka yang memiliki emas yang banyak
ketika itu, dianggap kaya. Begitu juga sesiapa di zaman sekarang ini, dianggap
kaya kerana memiliki banyak emas.
Emas juga mempunyai sifat tidak boleh
dibinasakan. Ia tidak boleh terbakar, tidak reput, tidak busuk, tidak berkarat
dan sentiasa bersinar. Ini membolehkan emas menjadi penyimpan nilai yang baik.
Sesuatu objek yang menjadi penyimpan nilai mestilah mempunyai sifat tidak boleh
dibinasakan. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan kerana dalam jangka masa panjang, kesemua benda itu
akan binasa.
Dengan emas anda akan kaya, kekal kaya
selamanya. Jika emas menjadi debu sekalipun ia tetap bernilai. Sebab itulah
emas adalah kekayaan yang sebenarnya.
Harga
emas sentiasa meningkat dalam jangka masa yang panjang
Lihat saja graf trend seperti di bawah
ini.
Dalam jangka masa yang panjang, harga emas
sentiasa meningkat. Adalah pilihan tepat menjadikan emas sebagai pelaburan
untuk masa akan datang.
Emas juga mampu mengekalkan kuasa belinya
dalam jangka masa panjang. Erti kata lain, apa yang boleh dibeli dengan emas
ratusan tahun dahulu masih boleh dibeli dengan berat emas yang sama pada masa
sekarang. Sebagai contoh, pada zaman Rasullulah, seekor kambing boleh dibeli
dengan nilai 1 dinar. Begitu juga dengan zaman sekarang di mana seekor kambing
masih boleh dibeli dengan nilai 1 dinar. 1dinar adalah matawang emas yang
mempunyai berat 4.25gram dengan ketulenan 916. Ini juga menunjukkan emas
mempunyai kadar inflasi 0%.
Nilai
wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang.
Nilai wang kertas sangat berbeza dengan
nilai emas di mana nilainya semakin merosot untuk jangka masa panjang. Kuasa
beli wang kertas 10 tahun dahulu tidak sama dengan kuasa beli wang kertas
sekarang. Anda akan mendapati kuasabeli wang kertas semakin mengecil akibat
inflasi.
Sebagai contoh, pada tahun 1960an,
kita sering mendengar cerita ibu bapa kita bahawa dahulu mereka boleh membeli
sepinggan mee goreng dengan harga 5sen. Tetapi, pada masa sekarang, harga
sepinggan mee goreng adalah antara RM3.50-RM4.50. Anda terpaksa bayar lebih
untuk mendapatkan barang yang sama.
Aset
yang terunggul
Emas merupakan aset yang paling mudah
ditukarkan kepada tunai. Erti kata lain, emas merupakan aset yang cair.
Dengan emas, anda boleh menukarkannya
kepada tunai dengan mudah menggunakan kemudahan pajak gadai Islam, seperti
ar-Rahnu yang boleh memberikan pinjaman antara 65%-70% daripada nilai emas anda
dan dikira berdasarkan harga semasa.
Apabila harga emas semakin meningkat,
maka nilai pinjaman yang anda akan terima menjadi semakin meningkat.
Emas
tidak boleh dimanipulasikan
Emas tidak boleh dimanipulasikan oleh
sesiapa pun. Emas perlu dicari, dilombongkan, ditulenkan dan dibentuk. Ianya
proses yang sukar dan memakan masa dan tenaga. Oleh itu, kuantiti emas tidak
boleh bertambah dengan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak.
Berbeza dengan wang kertas. Ia boleh
dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah
cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot.
Sesebuah kerajaan boleh menguasai
kekayaan Negara dan memanipulasikan kekayaan Negara dengan menggunakan wang
kertas. Mereka hanya perlu mencetak seberapa banyak wang kertas dan mengiktiraf
penggunaannya sebagai wang yang sah. Mereka juga boleh menaik balik
pengiktirafan tersebut sesuka hati sehingga menyebabkan wang tersebut tidak lagi
bernilai.
Emas pula sentiasa bernilai. Tidak ada
kerajaan yang boleh mencetak emas.