Jika ramai orang mula berpindah kepada emas
(seperti di Negeri Kelantan) sebagai tempat simpanan (reservoir), maka
bank-bank di Malaysia akan ada defisit dari segi simpanan. Ini kerana,
Bank tiada modal untuk buat loan sebab rakyat Malaysia tidak akan
menabung di Bank tetapi akan membuat simpanan emas.
Inilah dinamakan sistem kapitalis di mana keuntungan melalui
hutang. Beli emas untuk untung / rugi itu cerita lain. Tapi kalau semua
orang dah tak menyimpan duit di dalam bank, MAKA BANK NAK BERNIAGA PAKAI DUIT APA?
Sebagai contoh, BNM memberikan wang RM10 juta kepada Bank A dengan harapan Bank A
memberikan loan kepada orang ramai dan dgn kadar faedah 5% setahun, keuntungan
BNM ialah RM500,000 setahun.
Jika pinjaman dibuat untuk 20 tahun, Bank akan dapat RM10 juta + RM10
juta keuntungan = RM20 juta. Untung bukan? Hasil daripada pemberian hutang kepada orang ramai.
Jika
orang ramai beralih kepada simpanan emas, maka tiada pulangan
keuntungan dari pihak bank dan bank terpaksa mencetak wang fiat (wang
kertas) untuk
mendapatkan keuntungan dan ini akan menyebabkan inflasi. Bila berlakunya
inflasi akan memberi kesan kepada kenaikan harga barang, rumah dan
sebagainya.
Melihat
pada situasi sekarang di mana banyak syarikat-syarikat yang menjalankan
aktivti pelaburan emas telah diletakkan dalam senarai siasatan. Saya
percaya tidak semua syarikat-syarikat ini menjalankan pelaburan emas
berbentuk skim cepat kaya, terutamanya Public Gold yang hanya
menjalankan aktiviti jual-beli emas. Tetapi, kenapa masih ada di dalam
senarai? Jadi, teori di atas membuatkan saya terfikir adakah ini
konspirasi oleh pihak Bank? Mereka tidak mahu lebih ramai orang memiliki
emas dan bagi melindungi kepentingan mereka. Renung-renungkanlah...
Sabda Rasulullah
S.A.W “Akan tiba suatu zaman tiada apa yang bernilai dan boleh
digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah EMAS & PERAK untuk
digunakan."