Kuasa Ajaib Emas: Perbezaan Harga Barang Untuk Tahun 2000 dan 2012



Rata-rata masyarakat di dunia menyangka harga barangan dan servis semakin mahal dari semasa ke semasa. Ini kerana mereka tidak mengerti apakah ‘wang’ yang sebenar. Tahukah anda, jika diperhatikan dengan teliti, harga barangan dan servis adalah semakin murah dari hari demi hari. Sejak tamadun Yunani, Rom dan sehinggalah zaman Rasulullah SAW, mereka menggunakan emas sebagai ‘wang’. Jika anda mengukur harga sesuatu barangan berdasarkan emas dan bukanya ‘matawang’, anda pasti akan mendapati harga barangan dan servis semakin murah hari demi hari.

Ambil contoh, pada tahun 2000, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 150 biji kuih (berdasarkan harga emas 1 gram = RM30, dan RM1 = 5 biji kuih). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 gram emas anda boleh membeli sebanyak 360 biji kuih (berdasarkan harga emas 1 gram = RM180, dan RM1 = 2 biji kuih). Maka, untuk 1 biji kuih tahun 2000 memerlukan sebanyak 0.0067 gram emas, tetapi 1 biji kuih tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 0.0028 gram emas saja.

Pada tahun 2000, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebuah kereta standard (berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM30,000 dan ~RM30,000 = 1 kereta standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 1 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah kereta standard (berdasarkan harga emas 1 kilogram = RM180,000 dan ~RM60,000 = 1 kereta standard). Maka, untuk sebuah kereta standard tahun 2000 memerlukan 1 kilogram emas, tetapi sebuah kereta standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 333 grams emas sahaja.

Pada tahun 2000, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebuah rumah standard (berdasarkan harga emas 5 kilogram = RM150,000 dan ~RM150,000 = 1 rumah standard). Tetapi pada tahun 2012, dengan 5 kilogram emas anda boleh membeli sebanyak 3 buah rumah standard (berdasarkan harga emas 5 kilogram = rm900,000 dan ~RM300,000 = 1 rumah standard). Maka, untuk sebuah rumah standard tahun 2000 memerlukan 5 kilogram emas, tetapi sebuah rumah standard tahun 2012, anda hanya memerlukan sebanyak 1.67 kilogram emas sahaja.

Dari contoh-contoh di atas, dapat diketahui bahawa harga barangan sebenarnya bukan semakin mahal jika bersandarkan kepada emas. Tetapi, jika bersandarkan kepada wang fiat, memang betul, ia semakin mahal. Sebagai contoh, jika anda mempunyai RM30,000 wang fiat pada tahun 2000 di mana anda mampu untuk membeli sebuah kereta standard secara tunai, adakah pada tahun 2012, wang fiat anda sebanyak RM30,000 itu masih boleh membeli sebuah kereta standard? Sudah tentu tidak. Malah anda perlu tambah lagi RM30,000 untuk membelinya (jika harga kerete adalah RM60,000).

Secara kesimpulan, kuasa membeli anda semakin berkurangan jika bersandarkan wang fiat tetapi kuasa membeli anda sentiasa bertambah jika bersandarkan kepada emas. Emas sentiasa dilihat sebagai penyimpan nilai dan kalis inflasi. 



Jadi, apakah tindakan anda sekarang? Ilmu sudah ada. Tukarkan kekayaan anda dalam bentuk wang fiat itu kepada emas. Lindungi kekayaan anda dengan emas. Anda tidak memerlukan bonus, dividen dan sebagainya untuk menggandakan kekayaan anda. Emas dengan sendirinya akan menggandakan kekayaan anda kerana harganya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Anda tidak akan rugi dengan memiliki emas.

Hubungi saya di talian 012-2108347 (Syubli) untuk borong emas dan perak Public Gold. Bertindak sekarang sementara harga emas masih rendah. Jangan menyesal di kemudian hari akibat mengabaikan nasihat ini. Berkongsi dan ajak rakan-rakan dan keluarga untuk turut memiliki emas sebagai pelindung kekayaan.

Video Mengenai Pelaburan Emas

Pengakuan

Blog ini dibina bagi memudahkan sebarang pembelian produk Public Gold supaya lebih dekat kepada anda.
Kami bukan MLM, Affiliate atau SkimPelaburan Cepat Kaya.
Kami hanya dealer / agen sah Public Gold dalam membantu anda membeli emas yang tulen keluaran Public Gold dan juga sebagai individu yang membuka peluang untuk anda membuat pelaburan / simpanan berbentuk emas untuk masa hadapan anda.