Adakah Sekarang Masa Sesuai Beli Emas?


Salam.

Ramai rakan-rakan saya bertanyakan persoalan ini kepada saya. Adakah sekarang ini masa sesuai beli emas? Untuk mengetahui jawapan ini mari kita selidik serba sedikit tentang pergerakan harga emas.

Sebelum itu, ada satu perkhabaran gembira yang disampaikan oleh kumpulan editor website Wealth Daily. Sebenarnya, perkhabaran ini sudah lama saya terima, cuma belum berkesempatan untuk menceritakannya.

Di dalam perutusan yang disampaikan oleh Chris DeHamer pada 14Okt2012, beliau menyebut mulai 1Jan2013, bank-bank pusat seluruh dunia hendak kembali melaksanakan penyandaran matawang kepada emas. Beliau juga menyebut bank-bank pusat sudah mula menambah rezab emas fizikal mereka secara senyap-senyap dan berkala, sejak tahun lepas bagi mempersiap diri ke arah penyandaran ini.




Jika perkhabaran ini benar, maka anda akan menyaksikan suatu lonjakan harga emas yang begitu hebat bermula tahun depan. Pergerakan harga emas yang perlahan pada tahun 2012 ini juga memberi peluang kepada mereka dan juga kita dalam menambah rezab pegangan emas sebanyak mungkin bagi menghadapi situasi penyandaran ini. 

Jika dianalisa pergerakan harga emas pada tahun ini, ia hampir menyamai pergerakan harga emas pada tahun 2008. Kita lihat analisa di bawah bagaimana lonjakan harga emas pada tahun berikutnya selepas ia suram pada tahun 2008. Jika cycle yang sama akan berulang, maka lepas ini harga emas akan mencanak naik seperti selepas tahun 2008.


Dengan terbongkarnya berita ini, anda (dan juga saya) perlu bertindak agresif sekarang dengan menambah pegangan emas sedia ada. Berita gembira ini hanya akan jadi sekadar berita dan tiada makna apa-apa jika anda hanya membaca dan tiada tindakan yang dibuat.

Sejujurnya, saya sendiri menambah pegangan emas peribadi dari semasa ke semasa dan pegangan yang sedia ada dipertahankan. Hanya emas sajalah yang mampu melindungi kekayaan anda apabila matawang fiat menjadi semakin lemah. Jangan biarkan hasil titik peluh anda dimamah oleh inflasi dan gerakan jahat golongan kapitalis.

Jadi, berbalik kepada persoalan di atas, adakah sekarang masa sesuai beli emas? Anda sendiri sudah tahu jawapannya.

Bagi mereka yang sudah sedar akan bahana kewangan yang akan menimpa dan ingin memulakan atau menambah rezab emas / perak anda, hubungi saya 012-2108347 (Syubli) segera.

Video Mengenai Pelaburan Emas

Pengakuan

Blog ini dibina bagi memudahkan sebarang pembelian produk Public Gold supaya lebih dekat kepada anda.
Kami bukan MLM, Affiliate atau SkimPelaburan Cepat Kaya.
Kami hanya dealer / agen sah Public Gold dalam membantu anda membeli emas yang tulen keluaran Public Gold dan juga sebagai individu yang membuka peluang untuk anda membuat pelaburan / simpanan berbentuk emas untuk masa hadapan anda.