Assalamualaikum...
Masih belum
terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha di bulan
yang penuh keberkatan ini di mana umat Islam berpeluang untuk menjalankan
ibadah haji dan juga ibadah qurban.
Saya mendoakan jemaah Haji yang berada di Tanah Suci ketika ini dapat melakukan ibadah Haji dengan sempurna dan memperoleh Haji Mabrur, insyaAllah.
Bagi rakyat
di Malaysia, khususnya, selamat menjalankan ibadah qurban dengan sempurna.
Bercakap
mengenai ibadah Haji, saya yakin dan percaya ramai umat Islam, tidak kira
keluarga, rakan-rakan dan sesiapa saja mengimpikan untuk ke tanah suci Mekah
bagi melengkapkan rukun Islam kelima ini tetapi beberapa perkara menjadi
halangan. Antaranya ialah kewangan yang masih tidak mencukupi.
Tahukah anda
cara paling cepat mengumpul duit untuk pergi melakukan ibadah Haji adalah
dengan cara menyimpan emas?
Post blog
kali ini akan saya terangkan caranya.
Pertama
sekali, anda perlulah mendaftarkan diri anda di Tabung Haji untuk dimasukkan
dalam senarai giliran. Pendaftaran memerlukan simpanan sekurang-kurangnya
RM1300 di Tabung Haji. Saya juga telah mendaftarkan diri dan giliran saya
adalah pada tahun 2042. Lambatnya... Dah pencen baru dapat pergi, jika masih
dipanjangkan umur.
Tetapi, ini hanyalah giliran. Jika anda telah mempunyai duit
yang mencukupi di Tabung Haji selepas 5 tahun pendaftaran, anda boleh memohon
untuk dipertimbang oleh pihak Tabung Haji untuk pergi pada tahun berikutnya.
Percaya atau
tidak, anda boleh dapat duit yang mencukupi hanya dalam masa 5 tahun dengan
cara menyimpan emas.
Di sini saya akan menggunakan salah satu produk Public
Gold iaitu 1Dinar dan lebihan simpanan sebanyak RM1500, RM3000 dan RM6000
sebagai asas pengiraan saya.
Tambang Haji ketika
ini adalah RM9980.
Dengan
lebihan duit simpanan sebanyak RM1500, RM3000 dan RM6000 anda boleh membeli
syiling 1 Dinar dengan harga ketika ini sekitar RM750 sebanyak:
Sejarah
kenaikan harga emas adalah antara 20% - 40% setiap tahun.
Jika saya
ambil peratusan terendah iaitu 20% kenaikan setiap tahun, harga 1Dinar untuk
tahun-tahun berikut adalah:
Pada tahun
2017, iaitu selepas 5 tahun dari sekarang, harga 1Dinar adalah RM1866.24 atau
kenaikan sebanyak 148.83% dari harga anda beli pada tahun 2012. Banyaknya...
Mari kita
kira berapakah nilai duit yang anda ada berdasarkan kuantiti 1Dinar yang anda
beli pada tahun 2012.
Susut nilai
1Dinar Public Gold adalah 6%. Bermakna, selepas dijual, duit yang anda akan
dapat adalah:
Tetapi, berdasarkan
jumlah di atas (nilai selepas tolak 6% susut nilai), hanya mereka yang
mempunyai lebihan simpanan RM6000 pada 2012 saja sudah cukup tambang untuk
menunaikan Haji. Bagi, mereka yang mempunyai lebihan simpanan RM1500 dan RM3000
masih belum mencukupi.
Jadi, bagaimana?
Hihihi...
Selepas
pembelian 1Dinar pada tahun 2012, tidak bermakna anda tidak perlu membuat
apa-apa simpanan lagi untuk tahun-tahun berikutnya.
Disiplinkan
diri anda untuk menyimpan sebanyak RM200 setiap bulan selama 5 tahun dan buat
pembelian 1Dinar lagi dalam setiap tahun sekurang-kurangnya sekeping.
Setahun
mempunyai 12bulan. Maka, setiap tahun anda akan mempunyai simpanan RM200 x
12bulan = RM2400.
Dengan duit
sebanyak RM2400, beli lagi 1Dinar setiap tahun. Mari kita lihat berapa banyak
1Dinar yang akan anda dapat dari tahun ke tahun berdasarkan 20% purata kenaikan
harga emas setiap tahun.
Setiap tahun
anda akan membeli lagi untuk menambah bilangan 1Dinar dan berhenti membeli pada
tahun kelima kerana pada tahun kelima, anda akan memindahkan kesemua simpanan
anda ke Tabung Haji bagi melayakkan anda untuk dipilih ke Tanah Suci tahun
berikutnya.
Pada tahun kelima, anda akan dapat tambahan 7 keping 1Dinar dan duit simpanan sebanyak RM3892.80 (baki RM648 + RM844.80 + RM2400 untuk tahun 2017 = RM3892.80).
Pada tahun kelima, anda akan dapat tambahan 7 keping 1Dinar dan duit simpanan sebanyak RM3892.80 (baki RM648 + RM844.80 + RM2400 untuk tahun 2017 = RM3892.80).
7 keping
1Dinar dijual pada tahun 2017 maka anda akan dapat:
(RM1866.24 x 7 keping) – [6% x (RM1866.24 x 7 keping)]
(RM1866.24 x 7 keping) – [6% x (RM1866.24 x 7 keping)]
= RM12279.86
Jumlah duit
simpanan anda pada 2017 adalah:
RM12279.86 + RM3892.80 = RM16172.66
Jika
dibandingkan dengan jumlah duit simpanan di mana anda tidak membuat penambahan
1Dinar setiap tahun, anda hanya akan dapat RM2400 x 5 tahun = RM12000.
Dengan
penambahan pembelian 1Dinar setiap tahun, anda telah untung lagi sebanyak
RM4172.66. Best tak? Hihihi...
Jumlah
keseluruhan nilai duit terkumpul anda sekarang adalah seperti di bawah:

Tetapi, bagaimana
pula jika terdapat kenaikan untuk tambang Haji?
Untuk
pengetahuan anda, kali terakhir berlaku kenaikan tambang Haji adalah pada 2009
iaitu sebanyak RM1007 kenaikan dari tahun sebelumnya, RM8973 atau 11.22%
kenaikan.
Andai kata
berlaku lagi kenaikan tambang Haji sebanyak 11.22% untuk setiap 2 tahun mulai
tahun 2013. Maka, anda akan mengalami kenaikan tambang Haji pada tahun 2013,
2015 dan 2017. Tambang Haji semasa ketika itu adalah:
Pada tahun
keenam (2018) dengan tambang Haji semasa iaitu RM13730.27, jumlah simpanan anda
masih mencukupi untuk melayakkan anda ke Tanah Suci. Ada duit lebih lagi untuk
membeli buah tangan dari sana untuk keluarga di tanah air.
Pengiraan di
atas hanyalah sebagai panduan anda.
Jadi, mulalah
menyimpan emas dari sekarang supaya selepas 5 tahun akan datang, anda mempunyai
cukup duit untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.
Hubungi saya
segera (Syubli 012-2108347) untuk membeli emas sementara harga emas masih dalam trend menurun.
Jangan menyesal jika harga emas akan memecut naik dengan laju sedikit masa saja lagi.
Jangan menyesal jika harga emas akan memecut naik dengan laju sedikit masa saja lagi.