Bismillahirahmanirahim dan Assalamualaikum..
Permulaan bagi segalanya. Saya Syubli, warga baru dalam komuniti blogspot ini dan juga warga baru sebagai pelabur emas.
Bercerita
tentang pelaburan emas, saya mula didedahkan mengenainya oleh rakan
sekerja bernama Hasrul. Beliau bertanggungjawab membawa saya mendengar
seminar pelaburan emas bersame Public Gold.
Pada malam
yang indah itu, selepas balik kerja saya mengikut beliau ke Public Gold
branch Ampang untuk mendengar seminar tersebut yang disampaikan oleh
Sifu Syukor Hashim.
Mungkin telah ditakdirkan bahawa
saya akan menjadi pelabur emas seperti anda, saya terus tertarik dengan
seminar yang disampaikan oleh Sifu Syukor Hashim dan ingin menjadi
pelabur emas.
Sejak malam itu, saya terus berkira-kira
untuk membeli emas Public Gold. Saya tidak bermula dengan banyak. Hanya
membeli beberapa jongkong emas bersaiz kecil sebagai permulaan. Bila dah
dapat emasnya, habis dipegang-pegang dan digigit-gigit, rasa puas pula.
Lepas tu, rasa macam nak jadi tokey emas pula. Jadi, saya beli lagi
emas dan daftar sebagai dealer.
Sejak itu, mulalah saya
mendekati keluarga dan sahabat-handai untuk menceritakan keseronokan
membeli emas, menjadi pelabur emas dan seterusnya menjadi tokey emas.
Banyak kelebihan jadi tokey emas ni.. Nak tahu apa dia? Tunggu next posting.. hehehe..