Adakah anda tahu...

Penjualbelian emas merupakan satu aktiviti tidak dipantau secara rasmi di Malaysia,dimana tiada lesen atau pengesahan diperlukan oleh sebarang pihak berkuasa termasuk Bank Negara Malaysia menurut Kata Dato’Joseph Kow,Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Jongkong emas Malaysia (GBeam).

“Menurut Akta Emas 1986 P.U.(A) 465/1986,setiap individu di Malaysia bebas untuk menyimpan,membeli,menyewakan atau mengeksport emas. Oleh itu penjualbelian emas dilihat secara umumnya sebagai satu industri yang tidak dipantau diMalaysia.

Oleh kerana penjualbelian emas tidak menerima sebarang pemantauan rasmi,tiada saluran bagi mana-mana peniaga emas untuk menyalahi sebarang undang-undang yang berkaitan. Jadi peniaga emas bebas menjalankan sebarang aktiviti jualbeli emas tanpa melanggar mana-mana peraturan.

Bagaimanapun ingin ditegaskan bahawa peniaga emas tidak sepatutnya membuat kutipan wang pendahuluan daripada orang ramai atau pelabur, memandangkan ini adalah dilarang dan dikawal oleh Akta Institusi Perbankan dan Kewangan(BAFIA) yang memerlukan peniaga mendapatkan lesen dari Bank Negara.” 

Walaupun tiada pemantauan rasmi terhadap perniagaan emas dan tiada lesen khas diperlukan oleh mana-mana pihak berkuasa ,adalah sangat penting untuk peniaga emas untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Akta Anti-Pengubahan Wang dan Anti-Pembiayaan Pengganas 2001 (AMLATFA) dan BAFIA.

Memandangkan emas diiktiraf sebagai matawang di seluruh dunia, ia juga digunakan sebagai monetari alternatif dipasaran antarabangsa. Ini disebabkan kerana emas adalah komiditi yang sentiasa meningkat, contohnya harga emas telah meningkat daripada USD$280 per auns 10 tahun lalu ke USD$1,600 per auns pada hari ini.

Pada masa ini juga Kementerian Kewangan telah menubuhkan unit khas yang diwakili oleh Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Bursa Securities, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Jabatan Peguam Negara yang bertanggungjawab mengkaji dan merangka undang-undang dan mekanisme bagi mengawal jualbeli emas.
 
Objektif utama unit khas ini adalah untuk memastikan bahawa kepentingan orang ramai adalah terjaga. Dengan berakhirnya sebarang kebimbangan dan adanya piawaian bagi melindungi kepentingan orang ramai , Setiausaha Agung Persatuan Jongkong Emas Malaysia (GBeam) Dato’Joseph Kow menyarankan agar orang ramai meneruskan pembelian emas sebagai aset terpilih yang selamat dan terlindung daripada inflasi.


Video Mengenai Pelaburan Emas

Pengakuan

Blog ini dibina bagi memudahkan sebarang pembelian produk Public Gold supaya lebih dekat kepada anda.
Kami bukan MLM, Affiliate atau SkimPelaburan Cepat Kaya.
Kami hanya dealer / agen sah Public Gold dalam membantu anda membeli emas yang tulen keluaran Public Gold dan juga sebagai individu yang membuka peluang untuk anda membuat pelaburan / simpanan berbentuk emas untuk masa hadapan anda.